KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai.
Pada penutupan dagangan, kontrak Oktober 2026 meningkat lima mata kepada 1,601.0, manakala kontrak November 2026 dan Disember 2026 masing-masing naik 5.5 mata kepada 1,601.5 dan 1,608.0. Kontrak Mac 2027 pula menokok empat mata kepada 1,589.5.
Jumlah dagangan susut kepada 6,786 lot daripada 9,290 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,604 kontrak daripada 48,988 kontrak semalam.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.69 mata atau 0.16 peratus kepada 1,602.27 berbanding 1,599.58 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA