WUHU, China, 15 Okt (Bernama) -- Menjelang penganjuran 2026 Chery International User Summit, AiMOGA, jenama robotik pintar di bawah Chery Group, sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan produk-produk terbaharunya serta berkongsi visi strategiknya mengenai kecerdasan terjelma (embodied intelligence). Bertemakan “Car–Robot Synergy, Real-World Impact,” acara pelancaran akan diadakan semasa sidang kemuncak itu akan memperkenalkan buat julung kalinya sebuah robot kegunaan rumah yang baharu yang direka untuk memenuhi keperluan harian isi rumah, sekali gus menunjukkan bagaimana robotik pintar mampu memberikan nilai praktikal dalam pelbagai aplikasi dunia sebenar.
AiMOGA ialah jenama robotik pintar di bawah Chery Group, dengan portfolio produk yang merangkumi robot humanoid, anjing robotik dan pelbagai bentuk robotik lain. Robot keluarannya kini digunakan dalam pelbagai aplikasi komersial, termasuk peruncitan automotif, maklumat awam dan pandu arah, penguatkuasaan pintar, navigasi penjagaan kesihatan serta perkhidmatan sambut tetamu. Produk AiMOGA telah memperoleh pensijilan dan kelulusan antarabangsa, termasuk penandaan CE di EU dan pematuhan FCC di Amerika Syarikat. Jumlah penghantaran global kumulatif telah melepasi 3,000 unit, dengan produk dan perkhidmatannya kini merangkumi lebih 60 negara dan wilayah.