Am 14/10/2026 12:07 PM

Agong Terima Menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Agong Terima Menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka
Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara sebelum Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273. 

MRR kali ini dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

-- BERNAMA