23jam ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Konsortium yang terdiri daripada MISC Bhd serta pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd (YHB) iaitu Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencadangkan untuk mengambil alih YHB dan menjadikannya syarikat persendirian menerusi urus niaga bernilai RM4.03 bilion.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan usaha memperluas kerjasama ekonomi di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia-AS yang dipertingkatkan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan halal global dengan menghimpunkan perniagaan dan pemegang taruh industri bagi menjalin hubungan bermakna serta menyokong pertumbuhan berterusan industri itu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan mampan (SAF) sebanyak satu peratus bagi penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dijadualkan bermula pada Januari 2027, diselaraskan ke tahun 2030.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Projek Kedah Rubber City (KRC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM3.344 billion membabitkan lima pelabur utama setakat September 2026, menurut Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kejelasan matlamat projek, kesediaan pelaburan dan daya maju komersial menjadi pemangkin dalam merealisasikan potensi tenaga boleh baharu ASEAN menerusi pembangunan hubungan bekalan elektrik rentas sempadan yang mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
4hari ago
JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan berjaya mengurangkan kerugian negara susulan penamatan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) kepada RM3 bilion menerusi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di utara Perak dan Pulau Pinang.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur China menunjukkan hasrat untuk membuat pelaburan berjumlah US$15 bilion di Malaysia, melibatkan enam sektor berpotensi tinggi termasuk elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, serta industri halal.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- MotoGP Sports Entertainment Group SL (MotoGP Group) menyasar meningkatkan lagi jumlah peminat sukan permotoran itu di Asia Tenggara melalui kandungan dan peluang komersial, namun tidak bercadang menambah perlumbaan di rantau ini buat masa ini.
9hari ago
KONYA (Turkiye), 29 Okt (Bernama) -- Bunyi dentuman kuat tembakan meriam antipesawat bergema di seluruh lapang sasar tentera di Konya, Turkiye, ketika sebuah sistem pertahanan canggih memperlihatkan keupayaan tentera moden untuk menangkis serangan dron yang kini menjadi antara ancaman keselamatan paling pesat berkembang.