BERITA TERKINI   UMNO telah selesaikan bayaran denda RM50 juta Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi KL pagi ini - Asyraf Wajdi | PRN Sarawak ke-13 ditetapkan pada 12 Dis, penamaan calon 28 Nov 2026 - SPR | PRN Sarawak ke-13: Undi awal pada 8 Dis - SPR | 

Rubio, Anwar Bincang Perluas Kerjasama Ekonomi Di Bawah CSP Malaysia-AS

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan usaha memperluas kerjasama ekonomi di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia-AS yang dipertingkatkan.

Perbincangan berlangsung semasa perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada Khamis, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara AS.

Jabatan itu memaklumkan bahawa perbincangan berkenaan turut menyentuh peluang memperkukuh kerjasama ekonomi menerusi penggunaan teknologi AS yang selamat dan canggih.

Ad Banner
Ad Banner

Malaysia dan AS meningkatkan hubungan dua hala daripada Perkongsian Komprehensif kepada CSP pada 26 Okt 2025, semasa pertemuan antara Anwar dan Presiden Donald Trump di Kuala Lumpur.

Peningkatan taraf hubungan itu menandakan fasa baharu kerjasama dua hala yang merangkumi perdagangan dan pelaburan, teknologi canggih, pertahanan dan keselamatan, keselamatan tenaga, keamanan dan kestabilan serantau serta hubungan antara rakyat.

Perdagangan dua hala antara Malaysia-AS meningkat 25.7 peratus kepada RM235.19 bilion dalam tempoh enam bulan pertama 2026 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA