3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Industrial Bhd, Sapura Machining Corporation Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pembelian induk dengan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kerja-kerja tambahan (LOAV) daripada sebuah syarikat teknologi multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), bernilai kira-kira RM920.8 juta.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Savelite Engineering Sdn Bhd (Savelite), meraih dua surat anugerah (LoA) daripada Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd untuk kontrak kerja-kerja kecil bernilai RM25.07 juta.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan berjaya mengurangkan kerugian negara susulan penamatan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) kepada RM3 bilion menerusi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di utara Perak dan Pulau Pinang.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh ISF Group Bhd, Yeo Plumber Sdn Bhd telah memperoleh projek pusat data berskala hiper di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan nilai kontrak gabungan sebanyak RM83.2 juta dari sebuah kumpulan kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan yang berpangkalan di Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- TI TNB Genco Solar Kenyir 1 Sdn Bhd (TI TNB GENCO) mengemukakan kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN bernilai sehingga RM2 bilion dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 Okt, 2026.
5hari ago
ALOR GAJAH, 2 Nov (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memperluaskan operasi pemasangan kenderaan di Melaka menerusi pelancaran dua model kenderaan hibrid baharu Great Wall Motor (GWM) jenis pelbagai guna (MPV) HEV Wey G9 dan utiliti sukan (SUV) Hibrid EC15S.
7hari ago
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), memperkenalkan program latihan kemahiran teknikal untuk membantu golongan belia kurang berkemampuan mendapatkan pekerjaan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta pembuatan di Malaysia.
9hari ago
KUANTAN, 29 Okt (Bernama) -- Projek solar fotovolta (PV) terapung bernilai RM850 juta di Empangan Chereh dijangka mewujudkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan serta menjana tenaga elektrik bersih yang bersamaan dengan penggunaan tahunan 100,000 isi rumah.
9hari ago
BATU KAWAN, 29 Okt (Bernama) -- Estek Automation Sdn Bhd melabur RM20 juta dalam kemudahan pembuatan baharu seluas 50,000 kaki persegi di Batu Kawan, Pulau Pinang, bagi memperluas keupayaan dalam pembuatan peralatan semikonduktor, penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan kontrak.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd, memeterai perjanjian Kerja Transmisi dan Sambungan (TIWA) bernilai RM34.39 juta dengan MMC Engineering Sdn Bhd (MMCE).