BERITA TERKINI   Peguam Negara mohon menghadap Agong bagi memohon maaf dan zahir pendirian patuhi Perintah Pengampunan Bersyarat Najib - PMO | PM Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong secepat mungkin, perjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat | 

Unit Sunway Construction Raih Kontrak Kerja Tambahan Di Johor Bernilai RM920.8 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kerja-kerja tambahan (LOAV) daripada sebuah syarikat teknologi multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), bernilai kira-kira RM920.8 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan pembinaan itu memaklumkan kerja-kerja tambahan berkenaan melibatkan pemasangan mekanikal, elektrikal dan paip untuk pembangunan sebuah pusat data yang sedang dijalankan di Johor.

“LOAV itu turut berfungsi sebagai arahan untuk memulakan kerja-kerja berkenaan, yang disasarkan siap menjelang suku pertama 2028,” menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner

Sunway Construction Group memaklumkan kontrak kerja-kerja tambahan itu tidak akan menjejaskan modal saham kumpulan atau pegangan saham pemegang saham utamanya kerana tiada saham baharu akan diperuntukkan atau diterbitkan bagi tujuan kerja-kerja berkenaan.

“Kerja-kerja tambahan itu dijangka tidak memberi kesan material serta-merta ke atas perolehan sesaham, aset bersih sesaham dan nisbah penggearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026.

“Sekiranya tidak berlaku sebarang keadaan yang di luar jangka, kerja-kerja tambahan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 dan tahun-tahun kewangan seterusnya,” tambahnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA