Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "loa"

HI Mobility Peroleh Kontrak Bernilai RM665.68 Juta Untuk 23 Laluan Bas Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 23 Nov (Bernama) – HI Mobility Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Handal Indah Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM665.68 juta daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengendalikan 23 laluan bas di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. 

Margin Rizab Elektrik Diunjur Pada Paras 24 Hingga 27 Peratus Bagi 2027-2035 – PETRA

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Margin rizab elektrik bagi tempoh 2027 hingga 2035 diunjurkan pada paras 24 hingga 27 peratus, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Kerajaan Perkukuh Kawal Selia Bekalan Elektrik Untuk Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) --  Kerajaan telah mengambil langkah kawal selia dan strategi berstruktur bagi menjamin kestabilan bekalan dan kos elektrik daripada pusat data tidak menjejaskan pengguna domestik serta industri sedia ada.

Unit Nestcon Raih Kontrak RM161 Juta Bina Apartmen Servis 36 Tingkat

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Builders Sdn Bhd (NBSB), hari ini menerima surat anugerah (LOA) daripada BU Developments Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja pembinaan sebuah blok apartmen servis 36 tingkat di Bandar Baru Ulu Kelang, Gombak, Selangor, bernilai RM161 juta.

Unit Sunway Construction Raih Kontrak Kerja Tambahan Di Johor Bernilai RM920.8 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kerja-kerja tambahan (LOAV) daripada sebuah syarikat teknologi multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), bernilai kira-kira RM920.8 juta.

Anak Syarikat ES Sunlogy Raih Kontrak Bernilai RM25.07 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Savelite Engineering Sdn Bhd (Savelite), meraih dua surat anugerah (LoA) daripada Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd untuk kontrak kerja-kerja kecil bernilai RM25.07 juta.

Unit Pansar Raih Subkontrak Projek Infrastruktur Air Samalaju Bernilai RM170.86 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pansar Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Perbena Emas Sdn Bhd, menerima surat setuju terima (LoA) daripada KKB Engineering Bhd untuk kerja-kerja subkontrak sivil dan struktur bernilai RM170.86 juta.

Exsim Hospitality Raih Subkontrak RM13.49 Juta.

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM13.49 juta daripada Binastra Builders Sdn Bhd bagi membekalkan, membuat, menghantar dan memasang kerja-kerja pertukangan kayu.