7hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.
7hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan kemungkinan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga tenaga meningkat susulan ketegangan yang berterusan di Asia Barat.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,620 mata didorong oleh kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata penganalisis.
7hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka bergerak dalam julat terhad dengan kecenderungan menurun sedikit minggu depan, kata seorang penganalisis.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan merangka strategi jangka panjang bagi mengembangkan ekonomi negara tanpa meningkatkan import.
8hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan pada Jumaat disokong oleh permintaan eksport yang lebih kukuh.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, seiring dengan prestasi di pasaran tunai.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd mengumumkan menerusi makluman kepada Bursa Malaysia penukaran jawatan Datuk Dr Norraesah Mohamad daripada pengerusi eksekutif kepada pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif, berkuat kuasa hari ini.
8hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat susulan sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap harga saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan penurunan hasil bon.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, mencerminkan penurunan harga di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).
8hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat susulan aktiviti belian terpilih dalam saham wajaran tinggi yang membantu mengimbangi sentimen berhati-hati menjelang hujung minggu, kata seorang penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor (AiSEM@Selangor) 2026 berpotensi mencatatkan nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM430 juta dan menarik 23,333 kunjungan sepanjang empat hari penganjurannya sebelum melabuhkan tirai pada 17 Okt, 2026.