2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) masih berlangsung, dengan Bab Harta Intelek belum dimuktamadkan meskipun beberapa bab lain telah berjaya diselesaikan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- PKT Logistics (M) Sdn Bhd telah menjalin kerjasama strategik dengan Daiso Malaysia Group Sdn Bhd untuk meningkatkan kecekapan logistik.
2hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan prestasi lemah kontrak hadapan minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).
2hari ago
GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memberikan kontrak utama kerja-kerja sivil Pakej 2 (CMC2) bernilai RM2.69 bilion bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang kepada tiga syarikat usaha sama.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan halal global dengan menghimpunkan perniagaan dan pemegang taruh industri bagi menjalin hubungan bermakna serta menyokong pertumbuhan berterusan industri itu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan pengukuhan dalam prestasi pasaran tunai.
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
PETALING JAYA, 5 Nov (Bernama) – Apabila penipuan digital semakin mengancam pengguna dalam talian, CelcomDigi Bhd mengambil inisiatif dengan mengesan 260 juta panggilan yang disyaki penipuan selain menyekat 22 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap bulan bagi memperkukuh perlindungan pelanggan.
2hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ancaman siber yang semakin berkembang, khususnya yang melibatkan kecerdasan buatan (AI), teknologi awan dan ekosistem digital yang saling berkaitan, menonjolkan keperluan untuk membangunkan lebih ramai profesional tempatan yang mempunyai kepakaran dalam kewangan serta keselamatan siber.
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Khamis, apabila selera risiko yang lebih baik menyokong sentimen pasaran.
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhan dengan ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerugian bersih Lotte Chemical Titan Holding Bhd meningkat kepada RM245.49 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 berbanding RM168.83 juta pada suku ketiga 2025.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, selain petunjuk positif daripada Wall Street.