BERITA TERKINI   Peguam Negara mohon menghadap Agong bagi memohon maaf dan zahir pendirian patuhi Perintah Pengampunan Bersyarat Najib - PMO | PM Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong secepat mungkin, perjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat | Kementerian Komunikasi cadang buka lebih banyak pusat media pada PRN Sarawak - Teo | 

PKT, Daiso Malaysia Jalin Kerjasama Untuk Pertingkat Kecekapan Logistik

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- PKT Logistics (M) Sdn Bhd telah menjalin kerjasama strategik dengan Daiso Malaysia Group Sdn Bhd untuk meningkatkan kecekapan logistik.

“PKT menyediakan rangkaian perkhidmatan logistik komprehensif, termasuk perkhidmatan broker kastam dan sebagai pemudah cara perdagangan, penghantaran kargo, pergudangan, pengangkutan serta perkhidmatan lain yang berkaitan,” menurut PKT dalam satu kenyataan hari ini.

Daiso Malaysia terlibat dalam aktiviti penyimpanan, pergudangan, pengedaran, peruncitan, serta import dan eksport produk berjenama Daiso, termasuk barangan isi rumah, kosmetik, dan barangan pengguna umum.

Ad Banner
Ad Banner

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani hari ini bersempena dengan majlis perasmian Pusat Pengedaran Global (GDC) baharu Daiso Malaysia di Pulau Indah, Selangor.

Majlis tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bersama wakil daripada kedua-dua syarikat.

GDC yang baru dilancarkan itu dilengkapi dengan sistem penyimpanan dan pengambilan automatik canggih serta teknologi logistik pintar, ia direka untuk meningkatkan kecekapan pergudangan dan pengedaran serta menyokong operasi eksport Daiso ke 27 negara di seluruh dunia.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.2 bilion, pembangunan GDC ini merangkumi kawasan seluas 1.6 juta kaki persegi, termasuk sebuah gudang berikat berkeluasan 1.4 juta kaki persegi.

MoU ini menggabungkan kepakaran PKT dalam perkhidmatan logistik dengan pengalaman Daiso Malaysia dalam operasi pergudangan, pengedaran dan peruncitan.

-- BERNAMA