3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran hadapan getah serantau dan tertekan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan bermesyuarat esok, dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi sepanjang 2027 berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan unjuran inflasi yang terkawal, menurut BMI.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memaklumkan perancangan sistem yang bersepadu semakin penting susulan meningkatnya permintaan elektrik daripada pusat data dan industri bernilai tinggi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia mengetengahkan peluang kerjasama dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital, tenaga bersih dan industri halal pada Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan B57+ Tahun 2026 di Istanbul, Türkiye.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa agar aspek seperti membuat keputusan tepat pada masanya, penyelarasan perancangan lebih baik serta kemampuan menyediakan infrastruktur sistem elektrik dapat dilaksanakan bagi mengelak sebarang kekangan yang boleh menjejaskan pertumbuhan negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh memberikan komitmennya bahawa negeri ini sedang mengambil langkah konkrit untuk terus memperkukuh sektor tenaga dengan mempelbagaikan sumber tenaga dan menggalakkan penjanaan kuasa yang lebih mampan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) – Kerajaan akan memastikan pembangunan pusat data di negara ini tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada yang menjadi tonggak ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berwaspada menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion pada akhir Julai, 2026 menerima permintaan langganan melebihi US$9.5 bilion, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi dan kedudukan kredit negara.
4hari ago
KANGAR, 3 Nov (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merekodkan realisasi pelaburan berjumlah RM116.4 juta setakat 30 Sept lepas sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi pembangunan ekonomi negeri Perlis.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sri Lanka berhasrat meningkatkan eksportnya ke Malaysia bagi menangani ketidakseimbangan perdagangan di antara kedua-dua negara, kata Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia Dharshana M. Perera.