BERITA TERKINI   Peguam Negara mohon menghadap Agong bagi memohon maaf dan zahir pendirian patuhi Perintah Pengampunan Bersyarat Najib - PMO | PM Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong secepat mungkin, perjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Kelemahan Getah Serantau, Pengukuhan Ringgit

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran hadapan getah serantau dan tertekan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga. 

Menurut peniaga itu, niaga hadapan getah Jepun jatuh untuk sesi keempat berturut-turut di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai gangguan bekalan berkaitan El Niño.

Ad Banner
Ad Banner

Ssentimen pasaran dilemahkan lagi oleh ketidaktentuan mengenai perkembangan geopolitik di Asia Barat dan prospek perjanjian damai, selain kebimbangan terhadap implikasi pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat dan data ekonomi China yang kurang memberangsangkan.

“Kebimbangan sama ada El Niño akan menyebabkan pengurangan pengeluaran yang ketara di kawasan pertumbuhan utama turut mempengaruhi sentimen,” katanya kepada Bernama. 

Namun begitu, beliau berkata penurunan itu sebahagiannya telah diimbangi oleh defisit bekalan getah asli global yang dilaporkan oleh International Rubber Study Group (IRSG) dan pengukuhan dalam penanda aras harga minyak mentah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

.Pada 3 petang, harga SMR 20 susut 23.50 sen kepada 971 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun lima sen kepada 778.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA