Terdapat 461 berita berdasarkan kata kunci carian "s"

Hanya 13 Peratus Kenderaan ICE Dilindungi Insurans Banjir Berbanding 50 Peratus EV

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Hanya 13 peratus kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) mempunyai perlindungan insurans banjir berbanding 50 peratus kenderaan elektrik (EV), menurut data Insurance Services Malaysia (ISM) bagi tempoh 2022 hingga suku kedua 2026.

BNM Ambil Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Dua Entiti Disyaki Langgar Akta Perkhidmatan Kewangan

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Najmuldin Exchanger dan Nusantara Global Network kerana disyaki melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat menjejaki penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan jangkaan peningkatan pengeluaran getah di Thailand, kata seorang peniaga.

Paras OPR Ketika Ini Sejajar Dengan Prospek Pertumbuhan Ekonomi Dan Inflasi -- Gabenor BNM

Oleh M. Saraswathi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

SIA Lancar Pelan Naik Taraf Bernilai S$2 Bilion Untuk Pertingkat Pengalaman Penumpang

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 6 Nov (Bernama) -- Singapore Airlines (SIA) hari ini mengumumkan pelan pelaburan bernilai lebih S$2 bilion (S$1=RM3.16) untuk menambah baik produk kabin penerbangan jarak jauh serta sistem hiburan dalam penerbangan KrisWorld sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman penumpang.

Dua Belas Polisi Insurans Berkaitan Bencana Nepal Selesai, Kata PIAM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sebanyak 12 polisi insurans yang membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

BNM Sedia Langkah Kawal Selia Bagi Memastikan Daya Tahan Siber Institusi Kewangan

Oleh M. Saraswathi dan Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan keperluan kawal selia bagi memastikan institusi kewangan mengekalkan langkah perlindungan keselamatan siber yang mencukupi dan terus memperkukuh pertahanannya, kata Gabenornya Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Untung Bersih Frontken Suku Ketiga Naik RM57.25 Juta Susulan Prestasi Perniagaan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Frontken Corporation Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM57.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM45.83 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$132.6 Bilion Setakat 30 Okt

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.6 bilion setakat 30 Okt 2026 berbanding US$132.1 bilion pada 15 Okt 2026.

Keuntungan Suku Ketiga Public Bank Susut 3.8 Peratus Kepada RM1.77 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.

MHB Selesai Penerbitan Sukuk Murabahah Dengan Nilai Nominal RM350 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah menyelesaikan penerbitan sukuk murabahah dengan jumlah nilai nominal RM350 juta di bawah program sukuk murabahah syarikat itu bernilai sehingga RM1.0 bilion.

BNM Beri Amaran Penipu Menyamar Guna Laman Web Palsu, Aplikasi Berbahaya

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipu yang menyamar sebagai bank pusat itu melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi serta perbankan.