BERITA TERKINI   Peguam Negara mohon menghadap Agong bagi memohon maaf dan zahir pendirian patuhi Perintah Pengampunan Bersyarat Najib - PMO | PM Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong secepat mungkin, perjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat | 

BNM Beri Amaran Penipu Menyamar Guna Laman Web Palsu, Aplikasi Berbahaya

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipu yang menyamar sebagai bank pusat itu melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi serta perbankan.

BNM menerusi satu hantaran di akaun X rasminya hari ini memaklumkan: "Laman web yang kelihatan rasmi tidak semestinya sahih.

“Awas dengan scammer (penipu) yang menyamar sebagai BNM melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi dan perbankan anda,” maklum bank pusat.

Ad Banner
Ad Banner

BNM menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menyemak maklumat yang mencurigakan menerusi portal pengesahan rasminya. 

“Sentiasa berwaspada! Semak maklumat yang mencurigakan di bnm.gov.my/sahkan,” maklum bank pusat.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner