Terdapat 50 berita berdasarkan kata kunci carian "thailand"

Ringgit Ditutup Rendah berbanding Dolar AS Susulan Penarikan Balik Pelaburan Dalam AI

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.

TNB Percepat Pemodenan Grid, Tampung Permintaan Semasa Dan Akan Datang - Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur grid dan mempercepat pemodenan rangkaiannya bagi mengukuhkan sistem bekalan elektrik Malaysia, meningkatkan integrasi tenaga boleh baharu serta menampung permintaan pada masa depan.

DEFA ASEAN Luaskan Peluang Pasaran Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang dijadualkan ditandatangani November ini bakal membuka peluang luas kepada syarikat Malaysia untuk memasarkan dan mengeksport produk mereka ke pasaran ASEAN yang mempunyai 690 juta penduduk.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Harapan Kemajuan Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.

MITI: 14 Lawatan Rasmi Luar Negara Jana Potensi Pelaburan Sebanyak RM59.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sebanyak 14 lawatan rasmi serta misi perdagangan dan pelaburan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilaksanakan melalui agensi perdagangan selain pelaburan dari 2025 sehingga September 2026. 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Prospek Data Ekonomi AS Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila prospek data ekonomi Amerika Syarikat yang positif memberikan sokongan kepada mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup dengan prestasi bercampur-campur pada Isnin ketika ringgit lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

EPMB Perluas Operasi Pemasangan, Keluarkan Dua Model Hibrid Baharu GWM Di Melaka

ALOR GAJAH, 2 Nov (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memperluaskan operasi pemasangan kenderaan di Melaka menerusi pelancaran dua model kenderaan hibrid baharu Great Wall Motor (GWM) jenis pelbagai guna (MPV) HEV Wey G9 dan utiliti sukan (SUV) Hibrid EC15S.

MotoGP Group Sasar Pertumbuhan Peminat Di Asia Tenggara, Tidak Bercadang Tambah Perlumbaan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- MotoGP Sports Entertainment Group SL (MotoGP Group) menyasar meningkatkan lagi jumlah peminat sukan permotoran itu di Asia Tenggara melalui kandungan dan peluang komersial, namun tidak bercadang menambah perlumbaan di rantau ini buat masa ini. 

MotoGP Akan Nilai Situasi Di Asia Barat Tahun Depan, Tolak Cadangan Penggiliran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- MotoGP Sports Entertainment Group SL akan menilai keadaan di Asia Barat semasa merangka jadual bagi tahun depan dan tiada rancangan segera untuk melaksanakan sistem penggiliran perlumbaan sekiranya konflik serantau berlarutan, kata timbalan ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Carlos Ezpeleta.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Jangkaan Normalisasi OPR

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini.

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Hadapan Susulan Bekalan, Permintaan Stabil

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menunjukkan trend meningkat pada minggu hadapan, disokong oleh bekalan dan permintaan yang stabil menjelang musim monsun.