Terdapat 65 berita berdasarkan kata kunci carian "prospek"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar As Menjelang Keputusan OPR BNM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang ASEAN lain pada penutupan Rabu menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Kelemahan Getah Serantau, Pengukuhan Ringgit

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran hadapan getah serantau dan tertekan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga. 

BMI Jangka Bank Negara Kekalkan OPR 2.75 Peratus Sepanjang 2027

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan bermesyuarat esok, dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi sepanjang 2027 berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan unjuran inflasi yang terkawal, menurut BMI.

Melaka Ambil Langkah Perkukuh Sektor Tenaga, Galak Penjanaan Kuasa Mampan - Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh memberikan komitmennya bahawa negeri ini sedang mengambil langkah konkrit untuk terus memperkukuh sektor tenaga dengan mempelbagaikan sumber tenaga dan menggalakkan penjanaan kuasa yang lebih mampan.

Sukuk Global Malaysia Terima Permintaan US$9.5 Bilion, Cermin Keyakinan Pelabur

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion pada akhir Julai, 2026 menerima permintaan langganan melebihi US$9.5 bilion, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi dan kedudukan kredit negara.

Anak Syarikat ES Sunlogy Raih Kontrak Bernilai RM25.07 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Savelite Engineering Sdn Bhd (Savelite), meraih dua surat anugerah (LoA) daripada Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd untuk kontrak kerja-kerja kecil bernilai RM25.07 juta.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mengatasi prestasi lemah di  Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) meskipun logam berharga itu masih berdepan tekanan jualan teknikal.

IOIPG Sasar Penyenaraian Sekunder Di Bursa Singapura Pada Awal 2027

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) menyasarkan penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX) pada awal 2027, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Lee Yeow Seng.

IOIPG REIT Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran Utama Sasar Raih RM2.1 Bilion Daripada IPO

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) --  IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) menyasar meraih RM2.1 bilion melalui tawaran awam permulaan (IPO) pada harga 96 sen seunit, menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Bhd pada 25 November.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan sokongan belian baharu meningkatkan indeks petunjuk pasaran kepada zon positif.

Anak Syarikat ISF Group Dapat Projek Pusat Data Hiper Skala Port Dickson Bernilai RM83.2 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh ISF Group Bhd, Yeo Plumber Sdn Bhd telah memperoleh projek pusat data berskala hiper di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan nilai kontrak gabungan sebanyak RM83.2 juta dari sebuah kumpulan kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan yang berpangkalan di Malaysia.

Brent Diunjur US$100 Setong, Emas Susut Kepada US$4,250 Seauns Menjelang Akhir 2026 -- OCBC

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Minyak mentah penanda aras global Brent dijangka mencecah paras US$100 setong menjelang akhir 2026, meningkat berbanding unjuran awal US$85 setong sebelum ini manakala unjuran bagi penghujung 2027 dinaikkan kepada US$85 daripada US$75 setong, menurut OCBC Group Research.