BERITA TERKINI   Insiden tembakan di Poland: Malaysia zahir solidariti, ucap takziah kepada keluarga mangsa - PM Anwar | Malaysia komited bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bendung ekstremisme, pelihara keamanan dan menjunjung martabat kemanusiaan - PM Anwar | Insiden tembakan di Poland: Malaysia zahir solodariti, ucap takziah kepada keluarga mangsa - PM Anwar | Pelakon Cico Harahap meninggal dunia di Hospital Ampang 11 pagi tadi - Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia | Rakyat perlu tingkat tahap celik digital, benteng utama hadapi ancaman siber - Teo | 

Terdapat 182 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

Peluasan Perlindungan Bil Elektrik Tidak Jejas Pembayaran Dividen TNB – Fadillah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan inisiatif peluasan perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik sehingga Disember 2026 tidak menjejaskan keupayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memenuhi komitmen pembayaran dividen kepada pemegang saham.

Pasaran Getah KL Kekal Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengekalkan trend bercampur-campur hari ini, didorong oleh penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak serta kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.

Pelaburan Asal Battersea Alami Kerugian, Usaha Pemulihan Sedang Dijalankan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaburan asal dalam projek Battersea Power Station di United Kingdom (UK) adalah terlalu tinggi dan telah mengalami kerugian namun usaha pemulihan sedang dilakukan sekarang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TNB Komited Sambung Pusat Data Ke Grid Elektrik Dalam Tempoh Setahun

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk menyambungkan pusat data yang telah mendapat kelulusan kepada grid elektrik dalam tempoh setahun, ketika Malaysia memperkukuh rangkaian elektrik domestiknya bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat serta meningkatkan kesalinghubungan elektrik serantau.

MIDA Gesa Strategi Pelaburan Terselaras Untuk Jadikan Borneo Hab Pelaburan

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelan tindakan Invest Borneo harus menumpukan kepada rantaian nilai bersama, menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan merentasi sempadan serta mengutamakan realisasi pelaburan bagi memperkukuh kedudukan pulau itu sebagai hab pelaburan.

Matrix Concepts Peroleh Tanah 174.77 Hektar Di Kulai Pada Harga RM169.31 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Matrix Concepts Holdings Bhd, Matrix Concepts (Southern) Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) berasingan untuk memperoleh 57 lot tanah berkeluasan 174.77 hektar di Kulai, Johor, pada harga RM169.31 juta secara tunai.

STR, SARA Bantu Isi Rumah Hadapi Peningkatan Kos Sara Hidup, Bantuan Jangka Pendek

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) harus kekal sebagai langkah jangka pendek dan bukannya kekal memandangkan program itu direka membantu menangani peningkatan kos sara hidup dan mengekalkan kuasa beli, kata ahli ekonomi.

Kerajaan Ambil Langkah Segera Perbaiki Tadbir Urus GLC, GLIC - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah segera untuk memperbaiki tata kelola dan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk cadangan membentangkan rang undang-undang entiti milik kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

GEAR-uP Masih Ikut Jadual, Pelaburan Dijangka Meningkat Akhir Tahun Ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan program GEAR-uP masih mengikut jadual, dengan pelaburan dijangka meningkat pada akhir tahun ini dan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa berikutan asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan terus menyokong unit tempatan itu dalam keadaan risiko geopolitik yang masih berterusan di Asia Barat, kata penganalisis.