4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerbitkan Sukuk Wakalah Kemampanan bernilai RM4.8 bilion di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion, berlandaskan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.
4hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengekalkan trend bercampur-campur hari ini, didorong oleh penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak serta kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM197.51 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM114.04 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jualan yang lebih tinggi.
4hari ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk menyambungkan pusat data yang telah mendapat kelulusan kepada grid elektrik dalam tempoh setahun, ketika Malaysia memperkukuh rangkaian elektrik domestiknya bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat serta meningkatkan kesalinghubungan elektrik serantau.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelan tindakan Invest Borneo harus menumpukan kepada rantaian nilai bersama, menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan merentasi sempadan serta mengutamakan realisasi pelaburan bagi memperkukuh kedudukan pulau itu sebagai hab pelaburan.
4hari ago
JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Matrix Concepts Holdings Bhd, Matrix Concepts (Southern) Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) berasingan untuk memperoleh 57 lot tanah berkeluasan 174.77 hektar di Kulai, Johor, pada harga RM169.31 juta secara tunai.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan minat pelabur global untuk mengambil risiko dalam keadaan penurunan harga minyak.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) harus kekal sebagai langkah jangka pendek dan bukannya kekal memandangkan program itu direka membantu menangani peningkatan kos sara hidup dan mengekalkan kuasa beli, kata ahli ekonomi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah segera untuk memperbaiki tata kelola dan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk cadangan membentangkan rang undang-undang entiti milik kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.