8jam ago
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang mempergiat usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan kapal persiaran menerusi cadangan memperkenalkan ‘Strategi 3I’ yang menyasarkan untuk menaik taraf kemudahan pelabuhan dan menarik laluan baharu bagi kapal persiaran antarabangsa.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Permintaan penumpang udara global keseluruhan yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 0.5 peratus pada September 2026 berbanding bulan sama tahun lepas, mencerminkan kelemahan pasaran di Asia Barat dan Amerika Utara.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran tunai yang kukuh.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM144.15 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 daripada RM95.62 juta pada suku sama tahun lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terus memperkukuh perniagaan pengangkutan barangnya dengan mencatatkan perolehan sebanyak RM96 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, meningkat 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian terhadap saham mewah terpilih khususnya kaunter perkhidmatan kewangan, di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur.
1hari ago
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 bilion yang meliputi RM1.042 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM280.17 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Mestron Holdings Bhd memperoleh kelulusan tarif galakan (FiA) baharu daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) untuk memperluas kemudahan penjanaan tenaga elektrik biogasnya di Gua Musang, Kelantan.
1hari ago
JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Dialog Group Bhd merancang pelaburan tambahan sebanyak RM3 bilion antara tahun 2027 dan 2030 bagi menyokong pembangunan berterusan Terminal Laut Dalam Pengerang (PDT).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat selepas dibuka rendah, mengatasi prestasi pasaran serantau lain susulan aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi sektor perladangan yang menyokong sentimen pasaran.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC.