Terdapat 711 berita berdasarkan kata kunci carian "po"

Keuntungan Bersih Suku Ketiga TH Plantations Meningkat Kepada RM35.82 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM35.82 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 ,daripada RM24.26 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah Di Tengah-tengah Permintaan Eksport Yang Lembap

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi dengan harga minyak sayuran yang lemah, permintaan eksport yang lembap dan kebimbangan mengenai paras inventori minyak sawit Malaysia yang tinggi, kata seorang peniaga. 

OCK Group Beli Kepentingan Ekuiti Dalam Unit Edotco Dengan Bayaran Awal RM327.8 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- OCK Group Bhd merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke Kemboja melalui pembelian keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Edotco Holdings (Labuan) Ltd (EHL) daripada Edotco Group Sdn Bhd dengan pertimbangan tunai awal sebanyak US$81 juta (RM327.80 juta).

Axiata Cadang Jual Pegangan Dalam Edotco Pada Harga RM659.4 Juta, Jangka Hasil RM2.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd merancang menjual 15.64 peratus kepentingan ekuitinya dalam Edotco Group Sdn Bhd kepada Pulau Kendi Investments Ltd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, pada harga RM659.4 juta.

MRO Aeroangkasa Jana Hasil RM13 Bilion Pada 2025, Kerajaan Tambah Baik Insentif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) industri aeroangkasa negara menjana RM13 bilion pada 2025, bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan hasil industri dan disokong oleh 12,000 tenaga kerja mahir.

Untung Bersih Suku Ketiga KPJ Healthcare Naik Kepada RM106.31 Juta, Umum Dividen 1.20 Sen

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM106.31 juta daripada RM93.91 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Emits Bhd Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Catat Lebihan Langganan 6.4 Kali

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Emits Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE mencatat lebihan langganan sebanyak 6.4 kali menjelang penyenaraiannya pada 1 Dis, 2026.

KJTS Group peroleh Subkontrak Baharu Pusat Data Bernilai RM68 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh KJTS Group Bhd, KJ Technical Services Sdn Bhd (KJTS SB) menerima satu lagi subkontrak daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd (GESB) bagi projek pusat data berskala besar bernilai RM68 juta.

Keuntungan Bersih KSL Suku Ketiga Meningkat 3.0 Peratus Kepada RM104.94 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KSL Holdings Bhd meningkat 3.0 peratus kepada RM104.94 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM101.86 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

KLCCP Stapled Group Catat Untung Bersih RM203.87 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih RM203.87 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 berbanding RM209.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.