Pasaran Getah Ditutup Tidak Berubah Berikutan Permintaan Lemah

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tidak berubah hari ini berikutan kejatuhan dalam permintaan, harga minyak mentah dan niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran terus dijejaskan oleh permintaan lemah daripada pengeluar tayar, yang hanya membuat pembelian bagi memenuhi keperluan segera mereka, jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS)  yang lebih ketat dan aktiviti perniagaan AS yang agak kurang bermaya.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh penurunan inventori getah di China,” katanya.

Ad Banner

Pada 3 petang, harga SMR 20 dan lateks pukal kekal, masing-masing tidak berubah pada 995 sen sekilogram serta 753.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner