Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, dirangsang oleh sentimen yang bertambah baik ke atas saham-saham teknologi tempatan apabila Nvidia melantik semula Jensen Huang sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya.

Saham-saham teknologi merupakan antara saham yang mencatat kenaikan tertinggi, dengan Malaysian Pacific Industries meningkat RM1.64 kepada RM36.84, manakala UWC naik 47 sen kepada RM6.12.

ViTrox pula menokok 46 sen kepada RM9.21, MI Technovation meningkat 32 sen kepada RM5.91, manakala Frontken Corporation vertambah 23 sen kepada RM4.63.

Ad Banner

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 18.04 mata atau 1.16 peratus kepada 1,567.09 daripada paras 1,549.05 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 12.27 mata lebih tinggi pada 1,561.32, bergerak antara 1,560.82 dengan 1,572.29 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran secara menyeluruh adalah positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 759 berbanding 275. Sebanyak 386 kaunter tidak berubah, manakala 1,404 kaunter tidak diniagakan dan 16 kaunter digantung dagangannya.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan sebanyak 1.92 bilion unit bernilai RM1.60 bilion.

Hong Leong Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya memaklumkan FBM KLCI mencatatkan lantunan susulan disebabkan oleh kenaikan kukuh di Wall Street, khususnya saham-saham yang berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI).

“Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal terhad susulan pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah dan sekatan AS yang lebih ketat ke atas eksport cip AI,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional meningkat lapan sen kepada RM12.54, Press Metal Aluminium menambah 13 sen kepada RM6.43, Hong Leong Bank pula naik 16 sen kepada RM21.08, SD Guthrie meningkat lapan sen kepada RM5.93 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.93.

Bagi saham paling aktif, Impact Capital yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE meningkat 1.5 sen kepada 23.5 sen, manakala Nationgate menambah 18 sen kepada RM1.62.

Dagang NeXchange meningkat 2.5 sen kepada 43 sen, manakala YTL Power International naik 38 sen kepada RM4.29. MAG Holdings tidak berubah pada 16 sen.

Dalam kalangan saham paling untung, Nestle meningkat RM1.34 kepada RM94.34, manakala Kelington menambah 46 sen kepada RM7.11, Sam Engineering & Equipment naik 25 sen kepada RM3.62, manakala United Plantations meningkat 24 sen kepada RM31.40 dan Mega Fortris pula melonjak 22 sen kepada RM1.75.

Dutch Lady mendahului senarai saham rugi apabila susut 20 sen kepada RM27.80. KPJ Healthcare turun 16 sen kepada RM2.50, manakala Petronas Dagangan berkurangan 10 sen kepada RM19.30, PTT Synergy susut sembilan sen kepada RM1.38 dan Yinson Holdings turun lapan sen kepada RM2.06.

Dalam kalangan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 153.71 mata kepada 11,570.16, manakala Indeks FBM Top 100 menambah 145.01 mata kepada 11,413.90. Indeks FBM ACE melonjak 87.50 mata kepada 4,784.32.

Indeks FBM Emas Shariah menambah 153.52 mata kepada 11,442.09, manakala Indeks FBM Mid 70 meningkat 265.47 mata kepada 16,367.673.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 171.33 mata kepada 18,467.24, Indeks Perladangan menambah 52.59 mata kepada 8,619.62, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok sedikit sebanyak 3.44 mata kepada 161.72, manakala Indeks Tenaga meningkat 13.94 mata kepada 747.89.

-- BERNAMA