BERITA TERKINI   Saham IOIPG dibuka pada 87 sen ketika memulakan dagangan di Pasaran Utama, empat sen lebih rendah berbanding harga IPO sebanyak 91 sen | PRN Sarawak: Seramai 4,899 anggota polis ditugaskan pada hari penamaan calon - Pesuruhjaya Polis Sarawak | Polis Sarawak terima bantuan 251 pegawai dan anggota dari Bukit Aman serta Kontinjen Sabah bagi perkukuh penugasan PRN - Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Aeon Credit Terbit Sukuk Senior Bernilai RM460 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd menerbitkan siri ke-14 sukuk senior di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM10 bilion, dengan nilai nominal keseluruhan RM460 juta menerusi dua tranche.

Penyedia pembiayaan pengguna itu berkata tranche pertama bernilai nominal RM325 juta mempunyai tempoh matang tiga tahun dari tarikh penerbitan.

Tranche kedua bernilai RM135 juta pula mempunyai tempoh matang lima tahun, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ad Banner

AEON Credit berkata hasil daripada penerbitan sukuk itu akan digunakan untuk membiayai penyaluran pembiayaan kepada pelanggan dalam kegiatan perniagaan pembiayaan penggunanya yang dijalankan mengikut prinsip Syariah.

Sebahagian daripada hasil itu juga akan digunakan untuk membiayai semula pinjaman atau kemudahan pembiayaan sedia ada serta mana-mana sukuk yang diterbitkan oleh syarikat itu.

“Semua penggunaan hasil daripada Program Sukuk Wakalah ini hendaklah mematuhi prinsip Syariah,” kata syarikat itu.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA