BERITA TERKINI   UMNO telah selesaikan bayaran denda RM50 juta Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi KL pagi ini - Asyraf Wajdi | PRN Sarawak ke-13 ditetapkan pada 12 Dis, penamaan calon 28 Nov 2026 - SPR | PRN Sarawak ke-13: Undi awal pada 8 Dis - SPR | 

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, niaga hadapan November 2026 menurun 26.0 mata kepada 1,616.0, Disember 2026 merosot 25.0 mata kepada 1,617.0, Mac 2027 berkurangan 24.0 mata kepada 1,601.5 dan Jun 2027 menyusut 19.5 mata kepada 1,604.5.

Jumlah dagangan sebanyak 3,301 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,755 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Selepas 55 minit dagangan, FBM KLCI menurun 17.22 mata kepada 1,618.64 daripada 1,635.86 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner