BERITA TERKINI   Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | Fahmi Fadzil lancar Parcel Shield, inisiatif anti-penipuan berkaitan bungkusan diterajui Postal Forum | PRN Melaka: PH akan ketengah dasar, idea, rekod kerja dan keupayaan calon selesai masalah rakyat - Saifuddin Nasution | 

LGM: Tiada Insentif Pengeluaran Getah Untuk Oktober

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.

Dalam kenyataan, LGM memaklumkan IPG diaktifkan hanya apabila purata harga getah sekerap di peringkat ladang berada di bawah RM3.00 sekilogram, manakala insentif bagi lateks akan diaktifkan secara serentak.

Kadar IPG bagi lateks ditetapkan sebanyak 90 sen sekilogram, berdasarkan kandungan getah kering 100 peratus.

Ad Banner
Ad Banner

Pada Oktober 2026, harga purata bulanan getah sekerap ialah RM4.55 sekilogram di Semenanjung Malaysia, RM4.20 sekilogram di Sabah dan RM3.90 sekilogram di Sarawak.

Memandangkan semua harga melebihi ambang pengaktifan, tiada bayaran IPG akan dibuat untuk bulan Oktober 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner