BERITA TERKINI   Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Serantau, Ringgit Mengukuh

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, ditekan oleh sentimen lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh perkembangan terbaharu di Asia Barat dan permintaan sektor hiliran yang berhati-hati di China, meskipun operasi kembali pulih selepas cuti Minggu Emas.

Ad Banner
Ad Banner

"Bagaimanapun, Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) mengunjurkan permintaan getah asli global akan melebihi pengeluaran menjelang 2026, sekali gus membantu mengehadkan kerugian selanjutnya. Unjuran ini dibuat susulan data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada jangkaan serta harga minyak mentah penanda aras yang stabil," katanya kepada Bernama.

Pada 5.28 petang, ringgit mengukuh kepada 4.0545/0590 berbanding dolar AS daripada paras penutupan Khamis pada 4.0575/0620.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 4.50 sen kepada 994.0 sen sekilogram (kg), manakala lateks pukal turun 0.5 sen kepada 787.50 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA