BERITA TERKINI   Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | Fahmi Fadzil lancar Parcel Shield, inisiatif anti-penipuan berkaitan bungkusan diterajui Postal Forum | PRN Melaka: PH akan ketengah dasar, idea, rekod kerja dan keupayaan calon selesai masalah rakyat - Saifuddin Nasution | 

Public Mutual Umum Agihan Melebihi RM89 Juta Bagi Empat Dana

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Public Mutual Bhd mengumumkan agihan berjumlah lebih RM89 juta bagi empat dananya setakat 31 Okt, 2026.

Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd itu dalam satu kenyataan hari ini berkata agihan berkenaan melibatkan 3.00 sen seunit bagi Public Islamic Bond Fund, 1.00 sen seunit bagi Public e-Ataraxia Mixed Asset Fund, 0.50 sen seunit bagi Public Islamic Dividend Fund dan 0.40 sen seunit bagi PB Asia Real Estate Income Fund.

Public Mutual berkata dasar pengagihan Public Islamic Bond Fund dan PB Asia Real Estate Income Fund adalah secara tahunan, manakala Public Islamic Dividend Fund mengumumkan agihan dua kali setahun dan Public e-Ataraxia Mixed Asset Fund mengikut keperluan atau secara tidak berkala.

Ad Banner
Ad Banner

Syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia itu mempunyai lebih 180 dana di bawah pengurusannya.

Public Mutual juga adalah penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, dengan menguruskan sembilan dana PRS.

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner