BERITA TERKINI   Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | Fahmi Fadzil lancar Parcel Shield, inisiatif anti-penipuan berkaitan bungkusan diterajui Postal Forum | PRN Melaka: PH akan ketengah dasar, idea, rekod kerja dan keupayaan calon selesai masalah rakyat - Saifuddin Nasution | 

Pengerusi TH Abdul Rashid Hussain Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Abdul Rashid Hussain telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada ‘Business Today Industry Choice Awards 2026’ sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan perjalanan kerjaya cemerlangnya dalam industri perkhidmatan kewangan Malaysia.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan di bawah kepimpinan Abdul Rashid, institusi itu telah menerima Anugerah Labaytum  'Diamond Award' atas kecemerlangan dalam operasi haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada awal tahun ini.

Kejayaan itu merupakan kemenangan kali kedua berturut-turut bagi TH dan Anugerah Labaytum yang kelima diterima oleh institusi berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner

Abdul Rashid dalam kenyataan sama berkata pengiktirafan itu telah memberikan beliau semangat baharu untuk terus berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.

“Masih ada perkara yang perlu dilakukan, masih banyak ilmu yang perlu dikongsi dan masih ada kehidupan yang mampu kita bantu untuk berubah.

“Ukuran sebenar bagi pencapaian sepanjang hayat seseorang terletak kepada manfaat yang terus dinikmati oleh orang lain selepas kita selesai melaksanakan tugas,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut kenyataan itu, sebagai institusi kewangan Islam terkemuka negara, TH kekal komited untuk memperkukuh kecemerlangan operasi dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pendeposit dan jemaah haji.

-- BERNAMA