Am 06/11/2026 01:26 PM

Bitget Memperkenalkan Open Custody Network, Mentakrifkan Semula Hubungan Antara Penjagaan Aset Dan Perdagangan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:

VICTORIA, Seychelles, 6 Nov (Bernama) -- Bitget,Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, mengumumkan pelancaran Open Custody Network (OCN), sebuah rangkaian baharu yang menghubungkan bank dan penyedia perkhidmatan penjagaan aset bertaraf institusi dengan infrastruktur perdagangan Bitget untuk semua pengguna yang layak.

Inisiatif ini menangani satu ciri struktur yang telah lama wujud dalam industri bursa mata wang kripto, iaitu penumpuan aktiviti penjagaan aset dan perdagangan dalam satu platform yang sama. Di bawah model bursa berpusat tradisional, pengguna lazimnya perlu memindahkan aset mereka ke bursa bagi mengakses kemudahan perdagangan, sekali gus menempatkan fungsi penjagaan aset serta pelaksanaan dagangan dalam platform yang sama.