Am 22/10/2026 07:55 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pada penutupan dagangan, kontrak Oktober 2026 meningkat 4.5 mata kepada 1,605.5, November 2026 dan Disember 2026 masing-masing menokok 5.5 mata kepada 1,607.0 dan 1,613.5, manakala Mac 2027 menambah 6.5 mata kepada 1,596.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,927 lot daripada 6,786 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 43,345 kontrak daripada 45,604 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.87 mata kepada 1,608.14 daripada 1,602.27 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA