COPENHAGEN, Denmark, 21 Okt (Bernama) -- Pengambilan suplemen permeat whey kaya kalsium dua kali sehari membantu mengekalkan ketumpatan mineral tulang dalam kalangan wanita pascamenopaus, menurut satu kajian klinikal selama 12 bulan.[1] Penurunan paras estrogen semasa menopaus boleh mempercepatkan kehilangan tulang serta mengurangkan ketumpatan mineral tulang, sekali gus meningkatkan risiko osteoporosis.
Penemuan ini diperoleh menerusi projek RENEW, iaitu kerjasama penyelidikan yang mengkaji cara permeat kaya kalsium daripada penghasilan whey boleh dimanfaatkan sebagai ramuan makanan bioaktif untuk membantu mengatasi kehilangan tulang dalam kalangan wanita pascamenopaus.