Dunia 16/10/2026 09:37 PM

Kekurangan Bahan Api Diesel Di ZNPP Ancam Keselamatan Nuklear - Ketua IAEA

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kekurangan Bahan Api Diesel Di ZNPP Ancam Keselamatan Nuklear - Ketua IAEA

MOSCOW, 16 Okt (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Kekurangan bahan api diesel di Loji Kuasa Nuklear Zaporozhye (ZNPP) menimbulkan ancaman terhadap keselamatan nuklear, kata Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Bekalan bahan api diesel di ZNPP terus menjadi isu yang amat kritikal. Rizab yang semakin berkurangan meningkatkan risiko keselamatan nuklear terjejas sekiranya berlaku sekali lagi kehilangan bekalan kuasa dari luar.

“Langkah untuk meningkatkan jumlah bahan api diesel yang tersedia di loji itu sebelum musim sejuk adalah penting kerana keadaan mungkin menjadi kritikal ketika itu,” kata Grossi seperti dipetik IAEA.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI