Am 14/10/2026 08:28 PM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$4,148.60 setiap auns troy daripada US$4,191.20 pada Selasa, manakala November 2026 merosot kepada US$4,165.30 setiap auns troy daripada US$4,207.90.

Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 semuanya turun kepada US$4,181.80 setiap auns troy daripada US$4,224.40 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 69 lot daripada 25 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 150 kontrak daripada 99 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$4,169.50 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 13 Oktober, 2026.

-- BERNAMA