Ekonomi 14/10/2026 01:06 PM

Bank Pusat Singapura Kekalkan Dasar Monetari, Jalur Dasar S$NEER Tidak Berubah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Bank Pusat Singapura Kekalkan Dasar Monetari, Jalur Dasar S$NEER Tidak Berubah

SINGAPURA, 14 Okt (Bernama) -- Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengekalkan pendirian dasar monetarinya, dengan membiarkan jalur dasar kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER) tidak berubah susulan dua kenaikan berturut-turut sebelum ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS memaklumkan bahawa ekonomi Singapura dijangka terus berkembang pada kadar kukuh dalam suku-suku tahun terdekat, namun akan menjadi menyerderhana kemudian apabila kitaran kecerdasan buatan (AI) mula menyederhana daripada kadar luar biasa sebelum ini, manakala keadaan kewangan global menjadi lebih ketat.

Bank pusat itu menyatakan bahawa inflasi teras diunjurkan menurun dengan ketara mulai pertengahan tahun hadapan, apabila inflasi import yang didorong oleh bekalan perlahan dan kos domestik kekal terkawal.

Inflasi teras dijangka mencatat purata antara 1.5 hingga 2.0 peratus pada 2026, manakala inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi semua barangan dijangka berada sekitar 2.0 peratus.

Tahun depan, kadar inflasi teras dan IHP bagi semua barangan MAS diunjurkan mencatat purata antara 1.5 hingga 2.5 peratus.

"Jalur dasar yang menggalakkan pengukuhan nilai mata wang pada masa ini akan membolehkan S$NEER terus mengukuh dan mengimbangi kenaikan inflasi import yang dijangkakan dalam tempoh terdekat, sekali gus memastikan tekanan inflasi berkurangan secara beransur-ansur menjelang 2027.

"MAS berada pada kedudukan baik untuk bertindak secara berkesan terhadap sebarang risiko kepada kestabilan harga jangka sederhana dan akan terus memantau perkembangan ekonomi dengan teliti," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA