BERITA TERKINI   Peguam Negara mohon menghadap Agong bagi memohon maaf dan zahir pendirian patuhi Perintah Pengampunan Bersyarat Najib - PMO | PM Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong secepat mungkin, perjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "suruhanjaya sekuriti"

Public Bank Rangka Program Sukuk Murabahah RM20 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd merangka Program Sukuk Murabahah bernilai RM20 bilion yang memberikannya fleksibiliti untuk menerbitkan sukuk senior dan/atau sukuk subordinat dari semasa ke semasa.

LTAT, KWSP, KWAP, PERKESO Tidak Tertakluk Kepada Seliaan SC - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Amanah Raya Berhad tidak tertakluk di bawah kerangka pengawalseliaan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Unit TNB Kemuka Kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN RM2 Bilion Kepada SC

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- TI TNB Genco Solar Kenyir 1 Sdn Bhd (TI TNB GENCO) mengemukakan kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN bernilai sehingga RM2 bilion dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 Okt, 2026.

Anak Syarikat Malakoff Lancar Program Sukuk Hijau RM700 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd telah mengemukakan program sukuk wakalah Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Hijau (SRI) ASEAN bernilai RM700 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi membiayai pembangunan kemudahan sisa kepada tenaga (WTE) Melaka yang pertama.

Bursa Malaysia Digesa Bantu Lebih Banyak Syarikat Tempatan Jadi Juara Serantau - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Bursa Malaysia Bhd membantu lebih banyak syarikat Malaysia berkembang menjadi juara serantau, sambil menyatakan terlalu banyak perniagaan yang berpotensi tetapi kekal kecil untuk tempoh yang terlalu lama.

Parkland Terima Kelulusan SC Disenarai Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Unit CelcomDigi Cadang Program Sukuk Murabahah RM10 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CelcomDigi Bhd iaitu CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CelcomDigi Tel) mencadangkan penubuhan program Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion bagi membiayai keperluan korporat dan pembiayaan semula.

Malaysia Kekal Peneraju Pembangunan Kewangan Islam Global 14 Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia dalam laporan Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026 bagi tahun ke-14 berturut-turut, di tengah-tengah pertumbuhan sembilan peratus pasaran kewangan Islam global kepada US$6.5 trilion (US$1 = RM4.07).