BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "subsidi"

HSBC Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Bagi 2026 Kepada 5.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC. 

Harga Minyak Mentah Brent Dijangka US$80 Hingga US$95 Setong Pada 2027 – Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka antara US$80 hingga US$95 setong pada 2027 dengan andaian eksport minyak Asia Barat dipulihkan secara berperingkat dan penawaran global pulih pada kadar yang mengatasi pertumbuhan permintaan, menurut penganalisis.

Kenanga IB Naikkan Unjuran Pertumbuhan LHPR Malaysia 2026 Kepada 7.4 Peratus Susulan Risiko Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia bagi 2026 kepada 7.4 peratus daripada 6.4 peratus sebelum ini susulan risiko berterusan dalam pasaran tenaga akibat konflik berpanjangan di Asia Barat.

Penjimatan Subsidi Bahan Api Tahun Ini Dimuktamadkan Hujung Tahun - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Jumlah penjimatan subsidi bahan api bagi tahun ini akan dimuktamadkan pada hujung tahun selepas mengambil kira pelarasan berdasarkan transaksi sebenar, harga pasaran mingguan, kadar pertukaran mata wang dan jumlah penggunaan yang disahkan.

Manfaatkan Data, Analitik Bagi Tambah Baik Penyasaran Subsidi Ikut Keperluan Isi Rumah - Pakar

BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan data dan analitik untuk menambah baik penyasaran subsidi berdasarkan keperluan isi rumah bagi membantu golongan yang paling memerlukan di samping mengekalkan kemampanan fiskal negara.