BERITA TERKINI   Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian "sasaran"

Sokongan Pembiayaan Lebih Kukuh Penting Untuk Kembangkan Sektor Bunkering Malaysia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Industri maritim Malaysia memerlukan sokongan pembiayaan lebih kukuh daripada bank tempatan bagi merealisasikan potensi pelaburan dan membolehkan pemain industri domestik mengembangkan operasi, khususnya dalam sektor pembekalan bahan api kapal (bunkering), kata Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd Datuk Seri R. Jeyenderan.

Ringgit Diunjur Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan Menjelang Pengumuman OPR

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika peniaga menumpukan pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 5 November ini.

Lima Sektor Utama Berpotensi Dibangunkan Di Nexus Sedenak - Invest Johor

Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Invest Johor mengenal pasti lima sektor utama berpotensi dibangunkan di Nexus Sedenak yang bakal muncul sebagai hab perindustrian dan rantaian bekalan baharu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Kerajaan Berhasrat Reformasi Agihan Peruntukan Pembangunan Berasaskan Keperluan Negeri

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan berhasrat mereformasikan pengagihan peruntukan pembangunan Persekutuan daripada pendekatan berasaskan perbelanjaan sejarah kepada model berteraskan kesaksamaan dan kecekapan peruntukan untuk merapatkan jurang produktiviti wilayah.

Tencent Cloud Komited Terus Melabur Di Malaysia Dalam Tempoh Tiga Tahun

Daripada Harizah Hanim Mohamed

SHENZHEN, 29 Okt (Bernama) -- Tencent Cloud komited untuk terus melabur di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan memperkukuh infrastruktur rantau awan sedia ada, kata Pengurus Besar Tencent Cloud International dan Tencent Cloud Malaysia, Nucky Fang.

Pembukaan Semula Laluan Tebedu-Entikong Pacu Dagangan Rentas Sempadan, PKS – SBF

Oleh Zaphne Philip

KUCHING, 29 Okt (Bernama) -- Langkah pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong dapat mempergiat aktiviti ekonomi, meningkatkan perdagangan rentas sempadan serta menarik pelaburan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, menurut Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).

Meneroka ‘Steel Dome’ Turkiye Dijana AI : Dron Murah Jadi Ancaman Yang Menelan Belanja Besar

KONYA (Turkiye), 29 Okt (Bernama) -- Bunyi dentuman kuat tembakan meriam antipesawat bergema di seluruh lapang sasar tentera di Konya, Turkiye, ketika sebuah sistem pertahanan canggih memperlihatkan keupayaan tentera moden untuk menangkis serangan dron yang kini menjadi antara ancaman keselamatan paling pesat berkembang.

SIC Kaji Semula Harga Tiket MotoGP, Caj Sewaan Litar Bagi Tingkatkan Perolehan -- CEO

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.

Kerajaan Belum Tetap Tahun Sasaran Pemulihan Aset 1MDB - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan belum menetapkan tahun sasaran untuk menyelesaikan semua tuntutan dan usaha pemulihan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pelaburan Lebih RM200 Bilion Separuh Pertama 2026 Bakal Wujudkan 99,030 Peluang Pekerjaan -- MITI

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.

Pernah Catat Jualan 5,000 Cawan Untuk Tempoh Tiga Hari, Kopi Royale Johor Sasar Buka Kafe

JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.