1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat selepas dibuka rendah, mengatasi prestasi pasaran serantau lain susulan aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi sektor perladangan yang menyokong sentimen pasaran.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham mewah yang menjejaskan sentimen pasaran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Momentum dagangan indeks penunjuk utama Bursa Malaysia kekal meningkat pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah cabaran di peringkat luaran dan domestik.
2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan dengan lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut pada Khamis, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah utama pada 3.75 peratus hingga 4.00 peratus.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih terutama saham utiliti, mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu, seiring dengan pasaran serantau.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street selepas pengumuman pembiayaan baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI).
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan minat pelabur global untuk mengambil risiko dalam keadaan penurunan harga minyak.
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman.
5hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin terjejas oleh aktiviti jualan dalam saham wajaran tinggi tertentu terutamanya sektor utiliti dan perbankan selain dipengaruhi prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.