BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian "pulau pinang"

P.Pinang Perkenal Strategi 3I Baharu, Perkukuh Sektor Pelancongan Kapal Persiaran - SPPP

GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang mempergiat usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan kapal persiaran menerusi cadangan memperkenalkan ‘Strategi 3I’ yang menyasarkan untuk menaik taraf kemudahan pelabuhan dan menarik laluan baharu bagi kapal persiaran antarabangsa.

Pulau Pinang Bentang Belanjawan 2027 Berjumlah RM1.074 Bilion, Defisit Terendah RM5.62 Juta

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 bilion yang meliputi RM1.042 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM280.17 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

SSER, CEXIM Meterai Perjanjian Penyaluran Semula Pinjaman RM5 Bln Bagi NPWSS

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, dan Export-Import Bank of China (CEXIM) hari ini memeterai perjanjian penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).

Pulau Pinang Jangka Manfaat Ekonomi Daripada Penubuhan PTFC

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Penubuhan Pusat Kewangan Teknologi Pulau Pinang (PTFC) dijangka membuka peluang kepada negeri itu untuk menarik lebih banyak dana dan pelaburan baharu, selain memperluas akses pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula teknologi.

Estek Labur RM20 Juta Perluas Keupayaan Pembuatan Semikonduktor Di Batu Kawan

BATU KAWAN, 29 Okt (Bernama) -- Estek Automation Sdn Bhd melabur RM20 juta dalam kemudahan pembuatan baharu seluas 50,000 kaki persegi di Batu Kawan, Pulau Pinang, bagi memperluas keupayaan dalam pembuatan peralatan semikonduktor, penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan kontrak.

PHB Beli Kompleks Logistik Berharga RM300 Juta Di P. Pinang Daripada Titijaya

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) membeli aset hartanah logistik di Bayan Lepas Waterfront, Pulau Pinang, daripada Titijaya Land Bhd pada harga kira-kira RM300 juta.

Pulau Pinang, Johor, Selangor Sumbang 80.5 Peratus Jumlah Dagangan Malaysia Pada September – DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 80.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kewangan Islam Berkembang Melalui Inovasi Berteraskan Matlamat Memacu Impak Ekonomi, Sosial - Gabenor BNM

Oleh M.Saraswathi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Industri kewangan Islam Malaysia telah berkembang dan tidak lagi terhad kepada perbankan tradisional dengan memainkan peranan yang lebih luas dalam kehidupan masyarakat dan ekonomi daripada membantu usahawan mikro membina perniagaan mampan kepada membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran global.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Direalisasikan RM36.62 Bilion Setakat September

GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan direalisasikan bernilai RM36.62 bilion setakat 30 Sept, mengatasi sasaran RM22 bilion bagi 2026, menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.