Terdapat 65 berita berdasarkan kata kunci carian "prospek"

Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat 1,600 Hingga 1,630 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,600-1,630 minggu depan dengan aktiviti pengumpulan saham secara selektif berkemungkinan memberikan sokongan pada paras yang lebih rendah, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada minggu depan ketika para pelabur menilai prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Meluas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah di tengah-tengah aktiviti penjualan meluas, menjejaki prestasi pasaran serantau yang lemah susulan tekanan baharu terhadap pasaran ekuiti global berikutan kejatuhan ketara Wall Street dalam tempoh semalaman.

Paras OPR Ketika Ini Sejajar Dengan Prospek Pertumbuhan Ekonomi Dan Inflasi -- Gabenor BNM

Oleh M. Saraswathi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Untung Bersih Frontken Suku Ketiga Naik RM57.25 Juta Susulan Prestasi Perniagaan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Frontken Corporation Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM57.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM45.83 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Suku Ketiga Public Bank Susut 3.8 Peratus Kepada RM1.77 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.

MHB Selesai Penerbitan Sukuk Murabahah Dengan Nilai Nominal RM350 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah menyelesaikan penerbitan sukuk murabahah dengan jumlah nilai nominal RM350 juta di bawah program sukuk murabahah syarikat itu bernilai sehingga RM1.0 bilion.

Untung Bersih Maxis Suku Ketiga 2026 Melonjak Kepada RM447 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM447 juta daripada RM412 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Xiaomi Bukan Sekadar Jenama Telefon Pintar, Sedia Perluas Ekosistem Teknologi Di Malaysia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Xiaomi kini memperluas perniagaannya melangkaui segmen telefon pintar bagi memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat teknologi global, dengan Malaysia menjadi antara pasaran penting dalam strategi pertumbuhan serantaunya.

Ringgit Dibuka Rendah Didorong Petunjuk Bercampur-campur Daripada Ekonomi Dan Pasaran AS

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan petunjuk bercampur-campur daripada ekonomi dan pasaran kewangan AS yang menjejaskan prospek mata wang negara itu.

BNM Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir bagi tahun ini yang diadakan hari ini.

Terbitan Awam KEB Dilanggan Sepenuhnya Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bahagian publik tawaran awam permulaan (IPO) KEB Bhd telah dilanggan sepenuhnya menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Nov 2026.