Pelan Tindakan Sektor Kewangan Baharu Sasar Peranan Lebih Besar Bagi Kewangan Islam Dalam Transformasi Ekonomi Malaysia – Gabenor BNM
Oleh M.Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mahu institusi kewangan Islam memainkan peranan yang lebih besar dalam membiayai fasa seterusnya transformasi ekonomi negara, satu aspirasi yang akan dicerminkan dalam pelan induk sektor kewangan yang dirancang pada 2027.