Zetrix AI Sahkan Tidak Ingkar Bayaran Di Tengah-tengah Potensi Pelanggaran Kovenan Sukuk
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.