Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Dipacu Jangkaan Penormalan OPR
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh jangkaan penormalan kadar dasar semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) minggu depan.