Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "marc ratings"

MHB Selesai Penerbitan Sukuk Murabahah Dengan Nilai Nominal RM350 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah menyelesaikan penerbitan sukuk murabahah dengan jumlah nilai nominal RM350 juta di bawah program sukuk murabahah syarikat itu bernilai sehingga RM1.0 bilion.

WM Senibong Peroleh Penarafan AA-IS Daripada MARC Ratings

JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion. 

MAG Laksanakan Projek Strategik Bagi Pacu Pengembangan Komersial

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang giat melaksanakan beberapa projek strategik utama bagi meningkatkan kapasiti serta mempercepat pengembangan komersial kumpulan itu.

Anak Syarikat Malakoff Lancar Program Sukuk Hijau RM700 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd telah mengemukakan program sukuk wakalah Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Hijau (SRI) ASEAN bernilai RM700 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi membiayai pembangunan kemudahan sisa kepada tenaga (WTE) Melaka yang pertama.

Harga Minyak Mentah Brent Dijangka US$80 Hingga US$95 Setong Pada 2027 – Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka antara US$80 hingga US$95 setong pada 2027 dengan andaian eksport minyak Asia Barat dipulihkan secara berperingkat dan penawaran global pulih pada kadar yang mengatasi pertumbuhan permintaan, menurut penganalisis.