BERITA TERKINI   Peguam Negara mohon menghadap Agong bagi memohon maaf dan zahir pendirian patuhi Perintah Pengampunan Bersyarat Najib - PMO | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "makanan dan minuman"

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Meningkat 3.6 Peratus Pada Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia (IHPRP) meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku ketiga 2026, naik daripada 2.9 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Lihat Potensi Besar Bangunkan Perdagangan F&B Dengan Indonesia - Duta

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia melihat potensi yang kukuh untuk mengembangkan perdagangan dua hala dengan Indonesia dalam sektor makanan dan minuman (F&B), khususnya melalui penyertaan yang lebih besar oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dalam pasaran Indonesia.

BMI Jangka Bank Negara Kekalkan OPR 2.75 Peratus Sepanjang 2027

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan bermesyuarat esok, dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi sepanjang 2027 berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan unjuran inflasi yang terkawal, menurut BMI.

HDC Pacu Kerjasama Perdagangan Halal Malaysia-Palestin

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan bekerjasama dengan persatuan perniagaan tempatan dan badan piawaian Palestin bagi memperkukuh hubungan institusi serta memudah cara jalinan perniagaan antara Malaysia dengan Palestin.

P.Pinang Perkenal Strategi 3I Baharu, Perkukuh Sektor Pelancongan Kapal Persiaran - SPPP

GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang mempergiat usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan kapal persiaran menerusi cadangan memperkenalkan ‘Strategi 3I’ yang menyasarkan untuk menaik taraf kemudahan pelabuhan dan menarik laluan baharu bagi kapal persiaran antarabangsa.

MICCI Mudah Cara Hubungan Dagang Malaysia-Palestin Menerusi Pengiktirafan Halal JAKIM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) membantu memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia dan Palestin selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengiktiraf Palestine Standards Institution (PSI) sebagai badan pensijilan halal asing di Palestin.

SIC Kaji Semula Harga Tiket MotoGP, Caj Sewaan Litar Bagi Tingkatkan Perolehan -- CEO

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.

Hong Leong Bank, UnionPay Perkukuh Kesalinghubungan Pembayaran Rentas Sempadan Di China

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelanggan Hong Leong Bank Bhd (HLB) kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR di lebih 120 juta titik penerimaan pembayaran UnionPay dan Weixin Pay di seluruh China menerusi aplikasi HLB Connect, susulan kerjasama strategik dengan UnionPay International (UPI).

Hari Eksport Pahang Himpun Hampir 70 Usahawan, Syarikat PMKS

KUANTAN, 26 Okt (Bernama) -- Hari Eksport Pahang 2026 edisi kedua yang berlangsung hari ini berjaya menghimpunkan hampir 70 usahawan dan syarikat, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari pelbagai sektor industri di negeri ini.