BERITA TERKINI   Institusi pondok berperanan sebagai benteng pertahankan akidah, akhlak, sahsiah dan adab - PM Anwar | Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor esok ditangguhkan ke 7 Nov - Istana Alam Shah | Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah gering akibat jangkitan Influenza A - Istana Alam Shah | Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "kelayakan"

Asian Pac Beli Tanah Kuantan Bernilai RM42.09 Juta Untuk Projek Komersial

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Asian Pac Holdings Bhd (APHB) telah memeterai perjanjian dengan KotaSAS Sdn Bhd untuk membeli 8.69 hektar tanah pajakan di Kuantan, Pahang bernilai RM42.09 juta dan menjalankan pembangunan komersial bersebelahan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM281.3 juta.

Kilang Safran Di Negeri Sembilan Hasilkan 27 Peratus Cakera Brek Karbon Global

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kilang pembuatan cakera brek karbon Safran Group di Sendayan, Negeri Sembilan menyumbang 27 peratus daripada jumlah pengeluaran globalnya sekali gus mengukuhkan kepentingan operasi Malaysia dalam rangkaian pembuatan global Safran.

Penjimatan Subsidi Bahan Api Tahun Ini Dimuktamadkan Hujung Tahun - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Jumlah penjimatan subsidi bahan api bagi tahun ini akan dimuktamadkan pada hujung tahun selepas mengambil kira pelarasan berdasarkan transaksi sebenar, harga pasaran mingguan, kadar pertukaran mata wang dan jumlah penggunaan yang disahkan.

Pelaburan Lebih RM200 Bilion Separuh Pertama 2026 Bakal Wujudkan 99,030 Peluang Pekerjaan -- MITI

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Sebagai Hab Pusat Data Serantau - Moody’s Ratings

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan peranan penting sebagai hab pusat data serantau sekiranya berupaya mengekalkan kelebihan daya saingnya, menurut Moody’s Ratings.

Kerajaan Guna Pendekatan NDI Pada 2027 Untuk Nilai Kelayakan Bantuan - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pendekatan pendapatan boleh guna bersih (NDI) pada 2027 bagi memastikan penilaian kelayakan bantuan mengambil kira faktor demografi dan liabiliti selain pendapatan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

MyCoverageOKU Sedia Akses Lebih Mudah Perkhidmatan Insurans Dan Takaful Kepada OKU

SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Industri insurans dan takaful negara terus memperkukuh usaha meningkatkan keterangkuman kewangan menerusi pelancaran MyCoverageOKU, sebuah platform digital yang menyediakan akses lebih mudah kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).