Fail ZIP Berniat Jahat Boleh Curi Maklumat Perbankan, Data Peribadi – Pakar
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Fail ZIP yang mencurigakan dan disebarkan melalui platform pemesejan seperti WhatsApp boleh mendedahkan pengguna kepada perisian hasad yang mencuri kata laluan, maklumat perbankan dan maklumat peribadi, kata pakar.