1hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 6 Nov (Bernama) – Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) telah menjalin rangkaian strategik yang merangkumi sekurang-kurangnya 200 pihak berkepentingan di Singapura dalam usaha memperkukuh hubungan pelaburan, perdagangan dan perniagaan antara Johor dengan republik itu.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd merangka Program Sukuk Murabahah bernilai RM20 bilion yang memberikannya fleksibiliti untuk menerbitkan sukuk senior dan/atau sukuk subordinat dari semasa ke semasa.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh RedPlanet Bhd, AZTI Systems Sdn Bhd memperoleh pesanan bernilai RM7.09 juta bagi kerja-kerja berkaitan loji solar fotovolta (PV) berskala besar berkapasiti 15 megawatt arus ulang-alik (MWac) di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Amanah Raya Berhad tidak tertakluk di bawah kerangka pengawalseliaan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MoF).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan berjaya mengurangkan kerugian negara susulan penamatan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) kepada RM3 bilion menerusi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di utara Perak dan Pulau Pinang.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- TI TNB Genco Solar Kenyir 1 Sdn Bhd (TI TNB GENCO) mengemukakan kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN bernilai sehingga RM2 bilion dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 Okt, 2026.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
12hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin sebelum menurun kemudiannya berikutan sentimen pasaran yang terjejas oleh prestasi Wall Street semalaman yang lemah.
15hari ago
BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan data dan analitik untuk menambah baik penyasaran subsidi berdasarkan keperluan isi rumah bagi membantu golongan yang paling memerlukan di samping mengekalkan kemampanan fiskal negara.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga dengan Turkmenistan bagi membuka peluang komersial baharu untuk syarikat khususnya dalam perkhidmatan minyak dan gas bernilai tinggi, teknologi, serta kejuruteraan khusus, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.