3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pelaburan Google sebanyak US$15 bilion (US$1 = RM4.07) di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang dijangka menyumbang purata US$1.1 bilion setiap tahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sepanjang fasa pembinaan selain menyokong lebih 37,000 peluang pekerjaan tempatan setiap tahun.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd merangka Program Sukuk Murabahah bernilai RM20 bilion yang memberikannya fleksibiliti untuk menerbitkan sukuk senior dan/atau sukuk subordinat dari semasa ke semasa.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh RedPlanet Bhd, AZTI Systems Sdn Bhd memperoleh pesanan bernilai RM7.09 juta bagi kerja-kerja berkaitan loji solar fotovolta (PV) berskala besar berkapasiti 15 megawatt arus ulang-alik (MWac) di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi lebih kukuh di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bahagian publik tawaran awam permulaan (IPO) KEB Bhd telah dilanggan sepenuhnya menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Nov 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bahagian tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan kejuruteraan MyDCD Bhd yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia mencatat terlebih langgan sebanyak 36.46 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Industrial Bhd, Sapura Machining Corporation Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pembelian induk dengan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.
3hari ago
Oleh Nabilah Saleh and Linda Khoo
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) mampu mengurangkan kos pengembangan serantau dan memudahkan perkongsian rentas sempadan untuk penerbit digital, pencipta kandungan serta perniagaan kecil Asia Tenggara, menurut pakar.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang ASEAN lain pada penutupan Rabu menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.
3hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih sektor perbankan dan telekomunikasi walaupun pasaran secara menyeluruh bertambah baik susulan minat belian baharu terhadap saham teknologi bermodal kecil.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Projek Kedah Rubber City (KRC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM3.344 billion membabitkan lima pelabur utama setakat September 2026, menurut Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.